Program Anti-Doping Education Webinar oleh Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) pada tarikh 5 Mei 2020 – Pihak Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) telah mengadakan satu program atas talian “Anti Doping Education Webinar” dengan Kerjasama Kesatuan Ragbi Malaysia. Bersama-sama Jurulatih Pasukan Ragbi Wanita Malaysia 7 Sebelah dan Atlet Wanita Ragbi Malaysia 7 Sebelah. Oleh itu, di antara kakitangan Agensi Anti-Doping (ADAMAS) yang terlibat semasa program ini diadakan ialah En Mohd Hafizuddin bin Baki, Penolong Pengarah (ADAMAS) Bahagian Pendidikan, En Muhammad Syamil bin Hillmy, Pegawai Belia & Sukan Bahagian Undang-Undang (ADAMAS) dan Cik Nur Syuhada Zofiran bin Mohd Jamil, Pegawai Belia & Sukan Bahagian Ujian (ADAMAS) dan En Abdul Syahamah bin Hassan Penolong Pegawai Belia & Sukan.

Program ini disertai seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada Jurulatih dan atlet-atlet Wanita Ragbi Malaysia 7 Sebelah di bawah program Majlis Sukan Negara. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan Jurulatih dan atlet-atlet Ragbi Wanita Malaysia 7 Sebelah di bawah program Majlis Sukan Negara mengenai Anti-Doping di Malaysia. Selain itu, pihak (ADAMAS) juga ingin menerangkan mengenai kesan negatif apabila seseorang atlet itu terlibat dengan doping dalam sukan dan memberikan info-info yang terkini “Word Anti-Doping Agencies” (WADA).

Program atas talian ini, merupakan langkah inisiatif baharu Pihak Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) sepanjang “Perintah Kawalan Pergerakan” (PKP) diadakan. Ianya merupakan satu kaedah dari pihak (ADAMAS) dalam memberikan maklumat berkenaan Anti-Doping di Malaysia. Selain itu, program ini juga mampu untuk memberikan maklumat dengan jelas dan berguna. Di samping itu, segala persoalan dapat diajukan semasa program sedang diadakan.

Akhir sekali, pihak (ADAMAS) berharap agar Jurulatih dan atlet-atlet Ragbi Wanita Malaysia 7 Sebelah di bawah program Majlis Sukan Negara dapat menerima dan memberikan maklumat dengan jelas dan juga dapat mengelakkan diri daripada mengambil bahan terlarang di dalam sukan ragbi. Justeru itu, pihak (ADAMAS) amat menggalakkan untuk Jurulatih dan atlet-atlet Ragbi Wanita Malaysia 7 Sebelah untuk menggunakan satu kaedah pembelajaran atas talian di laman web “World Anti-Doping Agencies” (WADA) iaitu “Coach True” dan “Alpha”.
Go to top