Program Anti-Doping Education Webinar oleh Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) pada tarikh 18 Mei 2020 – Pihak Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) telah mengadakan satu program atas talian “Anti Doping Education Webinar” dengan Kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN). Oleh itu, di antara kakitangan Agensi Anti-Doping (ADAMAS) yang terlibat semasa program ini diadakan ialah En Mohd Hafizuddin bin Baki, Penolong Pengarah (ADAMAS) Bahagian Pendidikan, Cik Nur Syuhada Zofiran bin Mohd Jamil, Pegawai Belia & Sukan Bahagian Ujian (ADAMAS) dan En Abdul Syahamah bin Hassan Penolong Pegawai Belia & Sukan.

Program ini disertai seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada seorang Pengurus Pasukan Silat Negara, dua orang Jurulatih dan atlet-atlet Sukan Silat Negara. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan Pengurus Pasukan Silat Negara, Jurulatih dan atlet-atlet Sukan Silat Negara mengenai Anti-Doping di Malaysia. Selain itu, pihak (ADAMAS) juga ingin menerangkan mengenai kesan-kesan negatif apabila seseorang atlet itu terlibat dengan doping dalam sukan dan memberikan info-info yang terkini daripada “Word Anti-Doping Agencies” (WADA).

Program atas talian ini, merupakan langkah inisiatif baharu Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS). Ianya merupakan satu kaedah dari pihak (ADAMAS) dalam memberikan maklumat berkenaan Anti-Doping di Malaysia. Selain itu, program ini juga mampu untuk memberikan maklumat dengan jelas dan berguna. Di samping itu, segala persoalan dapat diajukan semasa program sedang diadakan.

Pihak (ADAMAS) berharap agar Pengurus Pasukan Silat Negara, Jurulatih dan atlet-atlet Sukan Silat Negara dapat menerima maklumat dengan jelas dan juga dapat mengelakkan diri daripada mengambil bahan terlarang di dalam sukan silat pada peringkat akar umbi hingga ke peringkat antarabangsa. Akhir sekali, pihak (ADAMAS) amat menggalakkan para peserta untuk menggunakan satu kaedah pembelajaran atas talian di laman web “World Anti-Doping Agencies” (WADA) iaitu “Coach True” bagi Pengurus Pasukan Silat Negara dan Jurulatih manakala“Alpha” bagi Atlet-atlet Sukan Silat Negara.

Go to top