PUTRAJAYA, 16 Jun 2020 (Selasa) – Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Datuk Dr. Waitchalla R.R.V Suppiah, menaruh harapan yang tinggi terhadap fungsi dan peranan ahli MBJ KBS bagi menyumbang segala bentuk idea ke arah memperkasakan KBS dengan membawa isu dan usul berkaitan kebajikan, perkhidmatan dan sebagainya bagi Pihak Pekerja.  Beliau berucap ketika memulakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Kementerian Belia dan Sukan Bilangan 1 Tahun 2020 bertempat di Bilik Gerakan Aras 15, Menara KBS Putrajaya. Hadir sama YBhg. Datuk TKSU (P), YBrs. Puan TKSU (S) dan ketua-ketua agensi dan bahagian yang lain. Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat kali pertama bagi ahli MBJ KBS yang baru dilantik bagi sesi tahun 2020 – 2021 seramai 21 orang yang mewakili pelbagai skim perkhidmatan di KBS.

Mesyuarat kali ini telah bersetuju menerima 12 usul daripada Pihak Pekerja yang akan diperhalusi dan diambil tindakan oleh bahagian berkenaan. Antara usul yang dibawa ialah pengisian perjawatan Gred S44 Pegawai Belia dan Sukan, penyambungan kontrak kakitangan i-Lead dan lain-lain lagi. Mesyuarat yang bermula jam 2.30 petang telah berakhir jam 3.45 petang dengan sesi penyampaian sijil pelantikan ahli baharu MBJ dan bergambar.

Go to top