PUTRAJAYA, 24 Jun 2020 (Rabu) - Majlis Perjumpaan dan Penghargaan Ahli MBJ Sesi Tahun 2018 – 2019 Bersama YBhg Datuk Dr. KSU telah dilaksanakan dengan jayanya pada 24 Jun 2020 (Rabu) untuk menghargai jasa dan bakti mantan Ahli-ahli MBJ Sesi Tahun 2018 – 2019. Majlis tersebut yang telah bermula jam 12.45 tengah hari telah dilaksanakan dengan mengamalkan langkah-langkah SOP yang berkuasa kuasa berikutan penularan wabak Covid-19 bertempat di Dewan Serbaguna Podium, Menara KBS Putrajaya.

YBhg. Datuk KSU yang diwakili oleh YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) telah merakamkan ucapan penghargaan kepada semua mantan Ahli MBJ bagi Sesi Tahun 2018 – 2019 di atas segala sumbangan idea, masa dan tenaga kepada warga KBS dan Kementerian sepanjang menyandang jawatan tersebut. Beliau turut berharap agar semua mantan Ahli MBJ akan terus memberikan sumbangan idea dan usul bagi Pihak Pekerja melalui platform MBJ ini.

Hadir sama ke Majlis ini adalah Ketua Pengarah I-Lead, Ketua Pengarah BPKB dan SUB (BPSM). Sempena majlis ini juga, pihak pengurusan KBS telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua mantan Ahli MBJ Sesi Tahun 2018 – 2019. Majlis berakhir jam 1.45 tengah hari.
Go to top