Ayer Keroh, 07 Julai 2020 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan telah menerima kunjungan daripada En.Zaini bin Muhamad ,Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin dan 2 orang AJK tertinggi MGBDJ  bagi tujuan semakan penghantaran MYKD (Maklumat Yang Kena Diberi) tahun 2020. Melalui sesi ini juga segala kemusykilan atau pertanyaan mengenai pelaksanaan MAT tahun 2020 dapat diperjelaskan dengan baik. Ini berikutan lanjutan PKPB serta susulan Kenyataan Media mengenai kebenaran pelaksanaan MAT yang telah dikeluarkan oleh ROY bertarikh 31 Jun 2020. Semoga kunjungan dan sesi bertukar pandangan ini dapat dikuti pertubuhan yang lain khususnya di negeri Melaka dalam penghantaran MYKD sebagaimana perlembagaan pertubuhan masing-masing.
Go to top