LANGKAWI, 17 JULAI 2020 - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Datuk Dr. Waitchalla R.R.V Suppiah meluangakan masa melawat Pusat Latihan Perahu Layar di Langkawi, Kedah pada Rabu.

Datuk Dr. Waitchalla yang diiringi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail mengadakan lawatan sekitar pusat latihan atlet, gimnasium dan kafeteria atlet.

Beliau turut meluangkan masa bertemu dan beramah mesra bersama atlet pelayaran negara yang kini kembali menjalani latihan harian sepenuh masa di pusat tersebut.
 
Go to top