KINARUT, 3 Ogos 2020 - YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia melawat Pusat Bertauliah Program Penjaga Jentera Elektrik Voltan Tinggi (BO 11KV) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, Sabah, pagi semalam.

IKBN Kinarut merupakan satu-satunya ILKA yang menawarkan kursus sebegini (BO11KV) di sekitar Sabah dan Sarawak.

YB Timbalan Menteri menjelaskan dengan adanya program BO 11KV ini, IKBN Kinarut bukan sahaja mampu memenuhi keperluan industri di sekitarnya, namun mampu bertindak sebagai hub utama (tenaga mahir) bidang elektrik negara.

Dalam ucapanya, beliau turut memberi penekanan agar pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sentiasa peka dan mengambil peluang dalam program dan inisiatif KBS seperti GIG Economy dan Global Online Workforce (GLOW) sebagai kemahiran tambahan bagi membantu meningkatkan pendapatan secara atas talian.

Turut hadir En. Jefri Nuri, Pengurus Suruhanjaya Tenaga Kawasan Pantai Barat Sabah dan En. Christy Wilfred A Gahis, wakil daripada PETRONAS Carigali Sdn.Bhd.

Go to top