PUTRAJAYA, 22 SEPTEMBER 2020 – Unit Integriti telah melaksanakan sesi Focus Group Discussion (FGD) bagi Pembangunan Pelan Antirasuah KBS di Dewan Podium, Menara KBS yang disertai oleh 56 peserta daripada kumpulan Pengurusan & Profesional serta Sokongan di Bahagian, Jabatan dan Agensi KBS. Seramai 8 orang fasilitator dari i-LEAD dan 8 orang pelapor diberi mandat sepenuhnya mengendalikan sesi FGD tersebut mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

FGD ini merupakan platform untuk mengumpul maklumat daripada peserta berhubung isu dan nilai integriti serta menilai pandangan mereka berhubung kelemahan dan strategi memantapkan integriti di organisasi masing-masing. Di samping itu, aktiviti permainan interaktif turut dijayakan bagi menilai pemahaman peserta mengenai rasuah.

Go to top