KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2020 – Unit Integriti dengan kerjasama Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah  Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula 10 Ogos  sehingga 13 Ogos 2020 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras. Seramai 4 orang penceramah dan fasilitator MACA diberi tanggungjawab untuk mengendalikan bengkel ini sepenuhnya dengan kehadiran seramai 45 orang pegawai di Menara KBS, Jabatan dan Agensi KBS.

Objektif bengkel ini adalah untuk menyediakan halatuju dan kerangka tindakan pencegahan rasuah yang berstruktur dan jelas di samping mewujudkan sinergi antara pelbagai bahagian di bawah KBS dalam memaksimakan penggunaan pelbagai sumber dan idea bagi membangunkan Pelan Antirasuah KBS.

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali dengan diiringi oleh Ketua Unit Integriti, Puan Geetha Ramachandran dan Pengarah  IYC, YBrs. Dr. Haji Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.

Go to top