PUTRAJAYA, 22 Februari 2021 – Kursus Kepegawaian Kementerian Belia dan Sukan (KKKBS) Tahun 2021 telah dirasmikan dengan jayanya oleh YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KBS pada 22 Februari 2021. Turut bersama memeriahkan majlis perasmian ialah YBrs. Puan Ramona binti   Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) dan YBrs. Puan Hazalia binti Hassan, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Seramai 80 orang peserta dalam kalangan Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan (Skim S) dan Skim Perkhidmatan Latihan (Skim E) terlibat dalam kursus pada kali ini yang dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian selama 40 hari bermula 22 Februari sehingga 22 April 2021.

Dengan bertemakan “Be Unique, Be Different”, KKKBS Tahun 2021 pastinya akan mencapai objektif utama penganjuran iaitu melahirkan pegawai muda KBS yang taat setia kepada agama, bangsa, negara dan sentiasa berdisiplin, selain melahirkan pegawai yang profesional dan mampu menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang selaras dengan visi dan misi Kementerian.

Go to top