KANGAR, 20 Mac 2021 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara dengan kerjasama Jabatan Belia dan sukan Negeri Perlis menganjurkan Bengkel Tadbir Urus 2021 Peringkat Negeri Perlis. Bengkel yang pertama kali dianjurkan dalam pandemik Covid-19 setelah di benarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara berjaya menarik seramai 38 orang peserta yang mewakili 22 wakil pertubuhan negeri Perlis yang bertempat di bilik mesyuarat JBSN Perlis.

Bengkel yang dihadiri sendiri oleh Tuan Pendaftar Pertubuhan Belia untuk menjawab soalan-soalan berbangkit berkaitan isu teknikal pindaan perlembagaan daripada wakil pertubuhan. Bengkel ini turut diberi taklimat oleh wakil Pejabat Pendaftar Pendaftar Pertubuhan Belia Putrajaya iaitu Encik Syed Mashor dan Encik Mohd Azlan.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai pelaporan MYKD khususnya seksyen 22 Akta 668. Memberi pendedahan dan pengetahuan dan latihan berkaitan manual prosedur kepada pertubuhan dalam aspek perundangan pengurusan dokumentasi pelaporan MYKD dan prosedur Pindaan Perlembagaan pertubuhan belia. Mewujudkan komunikasi dua hala antara PPPB dan Pertubuhan Belia dalam usaha membangunkan Pembangunan Pertubuhan Belia. Serta meningkatkan tadbir urus pertubuhan belia yang mantap serta mematuhi Akta 668.
Go to top