KUALA LANGAT, 28 MEI 2015 – Bertempat di Dewan Ibnu Sina Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah berlangsungnya Program Inspire iTalent Peringkat Daerah Kuala Langat 2015.  

Program ini merupakan platform untuk mengenal pasti bakat baharu dan memilih atlet dari golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Seramai 36 orang peserta OKU mengambil bahagian dalam setiap komponen ujian yang dilaksanakan seperti Ujian Antropometri, Ujian Kuasa, Ujian Kelajuan, Ujian Ketangkasan dan Ujian Keseimbangan.  

Antara aktiviti sampingan yang dijalankan adalah ceramah “Sports Career for Disable Person” oleh Dr. Nor Wahiza  Abd Wahat iaitu penceramah dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Pameran sudut penyampaian maklumat, pertandingan mewarna dan sesi mari mencuba oleh Pesron ( bagi sukan olahraga, boccia, badminton).  

Program ini dianjurkan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Sijangkang Jaya, SMK Jugra dan Pusat Dalam Komuniti Telok Panglima Garang.  

Kursus ini berakhir dengan penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada peserta oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Mohd Nor Md. Said. Melalui program ini memberi peluang kepada golongan OKU untuk bersukan dan berrekreasi.  

Oleh : Marshamira binti Ahmad  ( PBSD Kuala Langat )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Go to top