MELAKA TENGAH, 23 MEI 2015 – Dalam arus kemodenan zaman, seni warisan budaya bangsa melayu tidak dilupakan . Dalam usaha untuk meneruskan kesinambungan warisan budaya bangsa melayu, Y-Centre Kementerian Belia Dan Sukan.

Pusat Transformasi Bandar ( UTC ) Melaka dengan kerjasama Akademi Seni Persilatan Negeri Melaka (AKSI) dan Taman Mini Malaysia dan Asean telah menganjurkan “ Cabaran Silat Seni Y-Centre KBS UTC Melaka” bertempat di Taman Mini Malaysia dan Asean, Ayer Keroh Melaka disini kelmarin. Seramai 200 pengamal seni silat telah menyertai pertandingan ini yang terbahagi kepada beberapa kategori.

Penyertaan bukan sahaja dari perguruan-perguruan yang berpusat di negeri Melaka malah turut disertai perguruan dari Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh pengamal seni silat dan juga para pelancong yang turut tertarik dan terpegun dengan aksi-aksi yang dipertontonkan para peserta.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Asmori Haji Sa’ahari, Melalui penganjuran program ini, diharapkan generasi muda akan terus mengenang dan menghargai budaya warisan bangsa melayu.


Oleh:
Mohd Khasyimi Bin Abd Kadir, PBSD Melaka Tengah.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

DIsunting :
Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Go to top