MELAKA TENGAH, 7 JUN 2015 – Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Y-Centre Kementerian Belia Dan Sukan (KBS_Pusat Transformasi bandar ( UTC_Melaka telah menganjurkan “ Kursus Merekabentuk dan Mencetak ”  bertempat di Y-Centre KBS, UTC Melaka.  

Kursus ini dijalankan selama sehari bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam. Melalui kursus ini, para peserta didedahkan dengan ilmu dan teknik merekabentuk dan mencetak baju. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal di mana mereka diberi peluang untuk merekabentuk dan mencetak baju mereka sendiri dengan tunjuk ajar dari tenaga pengajar yang berpengalaman.  

Dengan penganjuran program ini, diharap agar dapat memberikan ilmu dan peluang kepada para peserta untuk menambahkan pendapatan mereka dengan menjalankan perniagaan merekabentuk dan mencetak baju seterusnya mencapai hasrat kerajaan untuk memberi peluangan kepada rakyat bagi menambahkan pendapatan mereka seterusnya mencapai status negara maju.  

Oleh: Mohd Khasyimi Bin Abd Kadir, PBSD Melaka Tengah
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Go to top