KELANTAN, 18 JUN 2015 - Pada 14 hingga 16 Jun baru-baru ini bertempat di MGU Firdaus Hotel, Jabatan Belia dan Sukan Negeri ( JBSN ) Kelantan telah menganjurkan Program Perniagaan Intensif (Business Online) Peringkat Negeri Kelantan.  

Seramai 33 peserta terlibat terdiri daripada usahawan-usahawan sekitar Negeri Kelantan terutamanya di sekitar Daerah Kota Bharu. Kebanyakkan peserta menjalankan perniagaan dari rumah dan memiliki produk sendiri.  

Menurut Pegawai Ekonomi 1 JBSN Kelantan, Rosnani Abdullah Zawawi, program ini seringkali mendapat permintaan dan penyertaan ramai kerana masyarakat di Negeri Kelantan ini memang berminat menjalankan perniagaan dan menjana sumber rezeki melalui perniagaan. Kesukaran untuk mendapatkan peserta bagi program tersebut tidak timbul dan tidak menjadi masalah, menurut beliau lagi.

Salah seorang peserta, Syamimi Awang berkata, program ini bukan sahaja dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai saluran berniaga secara “Online” malah membuka ruang dan peluang untuk memasarkan produk beliau ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Di samping itu, beliau juga dapat berkongsi idea, pandangan dan pengalaman beliau bersama- sama para peserta yang lain.  

Oleh:  Farah Wahidah Binti Mustaffa (Urus Setia Portal Bahagian Belia JBSN Kelantan)   

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Go to top