KOTA BHARU, 21 JUN 2015 – ‘ Saya suka kayak ’. Itu ayat yang diungkapkan salah seorang peserta apabila ditanya mengenai pengalamam beliau mengikuti Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Daerah Kota Bharu yang telah dijalankan di Tapak Perkhemahan Min House Kem, Kubang Kerian dekat sini baru-baru ini.  

Program ini dilaksanakan bagi mempertingkatkan kemahiran memimpin serta mewujudkan semangat berdikari dikalangan peserta melalui penjelajahan lasak dan khidmat komuniti.  

Seramai 60 peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Dato’ Ahmad Maher, SMK Dewan Beta dan Maktab Sultan Ismail (SIC) terlibatkan dalam program ini. Mereka telah melalui komponen Penjelajahan Lasak seperti kayak dan khidmat komuniti dengan menjalankan aktiviti gotong royong kebun sayur organik di Kampung Pulau Tengah bagi melengkapkan Anugerah Tahap Perak.

Di antara aktiviti lain ialah sub kem, mempelajari kraf perkhemahan, kawad, kuliah agama, senam cergas dan juga pertandingan kreativiti. Majlis perasmian  disempurnakan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, Mohammad  Ab Rahman. Hadir sama, Pemimpin ARPRM  SMK Dewan Beta, Zainuddin Omar.  

Oleh: Nazatul Asma bin Ariffin, PBSD Kota Bharu
 
Disunting :Urus Setia Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Kelantan
Go to top