KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2015 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan satu Kajian Geran Jangka Panjang (LRGS) yang bertajuk “ Mainstreaming Youth in the Marginalised Communities : From Transition to Generational Pathway “.  

Pilot Test kajian tersebut  melibatkan 60 responden terdiri daripada belia kaum India sahaja yang berumur di antara 15 hingga 25 tahun sekitar Sentul, Kuala Lumpur.  

Pilot Test kajian ini dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama yang baik  responden yang ditemu bual. Tujuan penyelidikan ini diadakan bagi menilai remaja yang terpinggir di dalam masyarakat serta mengambil tindakan selanjutnya demi kemajuan dan pembangunan negara.  

Hasil pilot test ini diharap dapat memberikan gambaran awal bagi pemantapan instrumen kajian serta membantu pihak penyelidik untuk membuat perancangan kajian lapangan yang melibatkan keseluruhan Malaysia dengan lebih terperinci. Kajian lapangan di seluruh Malaysia akan dilaksanakan pada minggu pertama dan kedua Ogos 2013.    

Oleh : Muhammad Hafiz Hassan ( IYRES)

Disunting : Shahhanim Bt Yahya ( IYRES )
Go to top