LATAR BELAKANG

Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang III Penggal XXVI (26) pada 24 Mei 2008, bersetuju supaya dilaksanakan satu program khusus bagi membanteras jenayah di kalangan belia. Susulan itu, Y.B. Menteri Belia dan Sukan telah mengarahkan supaya gerakan membanteras jenayah di kalangan belia diperluaskan melalui kempen Generasi Bebas Jenayah.

PROGRAM GENERASI BEBAS JENAYAH

Dalam menangani gejala sosial semua pihak harus bertindak secara kolektif dan berterusan. Pendekatan baru yang sedikit radikal mungkin amat diperlukan dalam merealisasikan hasrat kerajaan dalam melahirkan rakyat Malaysia yang Hadhari dan disegani oleh semua bangsa di dunia ini. Selain itu, Generasi muda adalah tunas dan tenaga baru amat penting kepada pembangunan negara memandangkan mereka adalah pewaris kepada apa yang ditinggalkan generasi lama.