PERMOHONAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM-PROGRAM ANTARABANGSA KBS

Kementerian Belia  dan Sukan mempelawa  calon-calon  warganegara  Malaysia  yang berumur  18 tahun  dan tidak melebihi  30 tahun  untuk menyertai Program-program Antarabangsa KBS.

Calon-calon yang  berminat  perlu memenuhi  syarat-syarat penyertaan  berikut:

  1. Warganegara  Malaysia
  2. Berumur  di antara 18 hingga 30 tahun  pada setiap 1 Mac tahun yang  berkenaan.
  3. Ahli Persatuan belia yang sah dan berpersatuan.
  4. Penguasaan bahasa Inggeris yang  baik.
  5. Wajib mengikuti  Kem Pemilihan dan  “Pre Departure Training” bagi setiap program  yang  ditawarkan.
  6. Kreatif  dan  Berbakat  di  dalam bidang  kebudayaan  dan  sukan.
  7. Berpengatahuan  luas  di dalam  pergerakan  belia  di dalam dan  luar Negara.
  8. Berwibawa dan  berketrampilan serta  sanggup  bekerjasama di  dalam  satu  pasukan.
  9. Berdisiplin dan  sentiasa menjaga imej diri, kontingen dan  negara.
  10. Mematuhi  arahan dan  etika sebagai Peserta lawatan ke luar negara anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

PERMOHONAN

Calon-calon  yang berminat  hendaklah  mendapatkan borang permohonan di Jabatan  Belia  dan Sukan Negeri  yang berhampiran  dan  tarikh   permohonan hendaklah  sampai  sebelum  atau pada 12 Februari 2010.

*Calon-calon yang  layak  akan dipanggil  untuk menyertai  Kem Pemilihan.

>>> Sila klik sini untuk Borang Permohonan