TUMPAT, 11 APRIL 2015 – Lebih 50 peserta hadir untuk bersenamrobik sempena Program Komuniti Fit Malaysia bagi siri 4 daerah Tumpat baru – baru ini yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut dengan membabitkan sebahagian besarnya golongan belia dan masyarakat setempat beriadah dan bersukan.

Program yang dianjurkan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Persatuan Belia Bakti Tumpat ini dapat memenuhi kehendak golongan belia dan masyarakat setempat untuk mengamalkan budaya hidup bersukan serta menjurus kepada pembentukan insan seimbang.

Ketua Instruktur senamrobik, Wan Nurazian Abd. Manaf memaklumkan bahawa apa yang dibawa kepada golongan muda dan masyarakat setempat di daerah Tumpat ini adalah sebagai sesuatu program yang berbentuk positif. Beliau juga berharap agar program – program seperti ini dapat diteruskan pada masa – masa akan datang.

Oleh: Mohd Sobri Md. Akhir (Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat)

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Go to top