ALOR SETAR, 28 APRIL 2015 – Seramai empat peserta  daripada MAYC Kuala Langat telah mengikuti Bengkel Pemantapan Urus Tadbir dan MYKD Persatuan Peringkat MAYC Kebangsaan bertempat di Grand Alora Hotel, Alor Setar , dekat sini baru-baru ini.  Program yang dianjurkan MAYC Kebangsaan mendapat kerjasama dan sambutan yang amat menggalakkan daripada Pengerusi dan Setiausaha Negeri serta Kawasan MAYC seluruh Malaysia.

Program ini bertujuan untuk memantapkan lagi urus tadbir dan MYKD Persatuan khususnya kepada Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) supaya dapat menguruskan persatuan mereka dengan baik. Diantara pengisian bengkel ini adalah cara-cara mendaftar Pertubuhan Belia, cara-cara penyediaan laporan dan minit mesyuarat, mengemaskini rekod MAYC Negeri dan Kawasan, penerangan dan keperluan dokumen dalam penyediaan MYKD serta penyediaan akaun dan penyata kewangan persatuan.

Bengkel ini dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Negeri Kedah Darul Aman, Amiruddin  Omar.  Beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Bengkel ini berakhir dengan Majlis Makan Malam  yang turut dihadiri  Setiausaha Politik kepada  Menteri Kewangan Malaysia, Dato’Paduka Haji  Ghazali  Ibrahim,

Oleh :
Marshamira binti Ahmad  (PBSD Kuala Langat)  

Disunting :
Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Go to top