HULU TERENGGANU, 20 APRIL 2015 - Jabatan Teknologi Multimedia, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik  telah mengadakan Program Ekspedisi Kembara di Tasik Kenyir, Kuala Berang pada 16 hingga 18 April lalu.

Program kembara ini melibatkan penyertaan kesemua enam pengajar Jabatan Teknologi Multimedia , lima kakitangan sokongan IKBN  dan semua 21  pelajar Jurusan Penerbitan Video.

Program ini  bertujuan memberi pendedahan awal dan meningkatkan kemahiran fotografi dan videografi kepada para pelajar dalam sesi pembelajaran bagi subjek SKV 2128 – Basic Photography dan SKV 2133 – Single Camera Production, selaras dengan kehendak CoCU, di samping mempelbagaikan teknik pembelajaran praktikal agar ia dapat memberi impak yang berkesan dan besar kepada pelajar-pelajar.

Program  tiga hari ini juga diisi dengan aktiviti-aktiviti yang memupuk kreativiti dan mendedahkan kepada pelajar cara berfikir di luar dimensi selain mengeratkan hubungan silaturahim antara semua pelajar dan kakitangan Jabatan Multimedia, IKBN Kemasik. Di samping aktiviti fotografi dan videografi yang dijalankan, terdapat aktiviti riadah diselitkan seperti barbeku, karaoke, memancing dan mandi-manda di air terjun.


Oleh :
Jawatankuasa Portal IKBN kemasik

Disunting :
Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Go to top