KUALA LANGAT, 2 MEI 2015 – Fit And Gorgeous Fitness Studio yang dibuka secara rasminya sempena Hari Pekerja lalu menyediakan kemudahan untuk aktiviti kecergasan yang dikendalikan instruktur senamrobik yang ditauliahkan Bahagian Kecergasan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.  

Pembukaan studio disempurnakan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat, Zuraidah Yusoff bersama-sama Salleh Amil@Along selaku jurulatih peribadi dan pemilik SAFA Fitness.  

Sempena pembukaan Fit And Gorgeous Fitness Studio yang terletak di Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, Batu 10 Kebun Baru, Telok Panglima Garang, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Jamming Aerobic, Triall Class, HiLo, Aerodance, KPop, Tabata, Zumba, Batuka, Belly, Bolly, Fitness & Health Talk, Hijabista, Grooming dan Makeover.  

Selain itu, kaunter pendaftaran untuk ahli baharu juga dibuka kepada yang berminat untuk mendaftar. Menurut pemilik studio ini, Salawati Tokimin, beliau sangat teruja dengan sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat tidak mengira usia ataupun bangsa. Kebanyakan yang datang menunjukkan minat untuk menjadi ahli Fit and Gorgeous Fitness Studio.  

Pembukaan studio ini membolehkan masyarakat setempat mengamalkan gaya hidup yang sihat seiring dengan matlamat Kementerian Belia dan Sukan untuk mewujudkan masyarakat berbudaya sukan.
   
Oleh : Marshamira binti Ahmad  ( PBSD Kuala Langat )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Go to top