Cetak
JAKARTA, 29 OGOS 2018 - Pasukan silat negara gagal menjelmakan kilauan pingat emas apabila terpaksa berpuas hati dengan dua pingat perak dan satu gangsa pada hari terakhir saingan. Sandaran terakhir yang diletakkan ke atas dua pesilat negara, Mohd Khaizul Yaacob dalam kategori Putra J 95kg dan Mohd Fauzi Khalid dalam kategori Putra F 75kg tidak membuahkan hasil apabila tewas kepada lawan masing-masing.

Mohd Khaizul tewas kepada Van Tri Nguyen, manakala Mohd Fauzi gagal mengatasi juara dunia Dinh Nam Tran, masing-masing dari Veitnam. Keputusan ini sekaligus menyaksikan pasukan silat negara menutup kempen Sukan Asia 2018 dengan empat pingat perak dan empat pingat gangsa.

Dalam pada itu, Ng Yan Yee membuat penampilan semula ke kolam renang dengan meraih pingat perak bersama Nur Dhabitah Sabri dalam acara 3 meter papan anjal seirama. Beliau yang sebelum ini digantung 8 bulan susulan doping, mengumpul 298.23 mata bersama Dhabitah, mengatasi 7 pesaingan lain untuk raih pingat perak. Ini merupakan pingat perak ketiga Yan Yee dalam penyertaan Sukan Asia selepas edisi 2010 (bersama Leong Mun Yee) dan 2014 ( bersama Cheong Jun Hoong) dalam acara yang sama.

Disediakan oleh : Majlis Sukan Negara
FaLang translation system by Faboba