LEBIH 20 ARTIS TERNAMA TANAH AIR BAKAL GEGARKAN KL SPORTS CITY
PUTRAJAYA, 3 SEPTEMBER 2018 – Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan melalui Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan menganjurkan Konsert Sayangi Malaysiaku.

Insiatif ini merupakan sebahagian usaha Perbadanan Stadium Malaysia di dalam menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia di samping mempromosikan KL Sports City. Berlangsung di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, konsert yang bermula 14 hingga 17 September itu akan membariskan beberapa artis ternama negara antaranya Dayang Nurfaizah, Ella, Khai Bahar, Ayda Jebat, Altimet dan ramai lagi.

Lebih menarik lagi, berbagai aktiviti sampingan turut diadakan bersama antaranya pameran agensi kerajaan, gerai jualan, “food truck” dan banyak lagi. Dianjurkan secara percuma, orang ramai boleh menghubungi Perbadanan Stadium Malaysia di talian 03-8992 0888 untuk maklumat lanjut.

Ditulis oleh: Muhammad Fadzil bin Zulkifli (Pelatih Industri UPM), Unit Komunikasi Korporat
Go to top