KURSUS PERAKAUNAN TERIMAAN SISTEM iGFMAS TAHUN 2018
JOHOR BAHRU, 30 OGOS 2018 – Bahagian Akaun telah menganjurkanKursus Perakaunan Terimaan Sistem iGFMAS Tahun 2018 selama dua hari iaitu pada 28 hingga 30 Ogos baru-baru ini bertempat di Hotel Sentral Johor Bahru.

Kursus ini telah dihadiri oleh 51 orang peserta yang terlibat secara langsung dalam menguruskan perakaunan terimaan dan hasil di Pejabat Pemungut (PP) Kementerian Belia dan Sukan. Kursus ini berjaya mencapai objektifnya untuk memberi pengetahuan dan menerangkan dengan terperinci mengenai perubahan dan peraturan terkini berkenaan tatacara perakaunan terimaan dan hasil dalam suasana perakaunan akruan serta menyediakan ruang perbincangan bagi peserta untuk berkongsi pengalaman dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan.

Disediakan oleh : Bahagian Akaun
Go to top