SESI DIALOG USAHAWAN MUDA BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN YB MENTERI BELIA DAN SUKAN
CYBERJAYA, 25 SEPTEMBER 2018 - Seramai 400 orang usahawan anak muda daripada pelbagai sektor dan bidang telah menghadirkan diri dalam sesi dialog dan Bengkel Technical Working Group (TWG) bertempat di Auditorium Utama Malaysia Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya.

Sesi dialog ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan tema “ Pembudayaan dan Pemerkasaan Keusahawanan Anak Muda “. Para usahawan dapat berinteraksi serta berkongsi idea bersama panel sesi dialog yang terdiri daripada YB Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan dan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan mengenai halatuju keusahawanan anak muda di bawah Malaysia baharu.

Antara pengisian dalam sesi dialog ini ialah meningkatkan penyertaan golongan muda dalam keusahawanan. Menurut YB Syed Saddiq Abdul Rahman,“Budaya keusahawanan dapat lebih ditingkatkan dengan menggalakan penyertaan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sejak di peringkat sekolah bagi mewujudkan lebih ramai usahawan dalam jangka masa panjang. Budaya keusahawan ini amat penting dalam membangunkan dan memperkayakan ekonomi di Malaysia.”

Melalui perkongsian idea ini MED dan KBS dapat mengenali kelemahan yang dialami dan tindakan yang sewarjarnya akan diambil dalam menunaikan permintaan para usahawan. Antara cadangan yang disampaikan seperti mengutamakan usahawan yang mempunyai keistimewaan seperti pekak atau cacat supaya mereka juga dapat memulakan perniagaan sendiri.

Disediakan oleh : Nur Athirah Syahmina Shahadan (Pelajar Praktikal UKK)
Go to top