ILKBS SEMARAKKAN GERBANG KERJAYA ZON PANTAI TIMUR
TEMERLOH, 25 SEPTEMBER 2018 - Program Gerbang Kerjaya ILKBS Zon Pantai Timur telah berjaya dianjurkan dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik seperti forum kerjaya, dialog bersama industri, pameran interaktif, pameran daripada ILKA / IPTA (MTUN), pemeteraian bersama industri dan gerai jualan.

Lebih menarik lagi, sebanyak tujuh memorandum persefahaman (MOU) Peringkat Emas ILKBS Zon Timur dengan industri telah berjaya dimeterai. Kerjasama ini melibatkan penajaan elaun, kepakaran serta peralatan latihan di antara kedua-dua belah pihak.

Melalui program ini, pelajar berpeluang menjalani latihan industri dan seterusnya berpeluang untuk ditawarkan pekerjaan tetap apabila tamat latihan. Antara industri yang telah terlibat ialah AR Man Auto Care Sdn. Bhd, Adam Prospek Sdn. Bhd, Arena Cipta Klasik Sdn. Bhd, Dviation Sdn. Bhd, Perfect Emerald Sdn. Bhd, Alina Beauty & Spa Sdn. Bhd dan Gerbang Alaf Baru Restaurants Sdn. Bhd. 

Program ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof. 


Disediakan oleh: Muhammad Fadzil Bin Zulkifli (Pelatih Industri UPM), Unit Komunikasi Korporat
Go to top