SESI KUNJUNGAN HORMAT BARISAN PIMPINAN GPMS KEBANGSAAN KE PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA
PUTRAJAYA, 1 OKTOBER 2018 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah menerima kunjungan hormat daripada barisan pimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Rombongan yang diketuai oleh Presiden GPMS iaitu, Saudara Zambri bin Mohd Isa bertujuan untuk membincangkan hala tuju disamping memperjelaskan beberapa perkara berkaitan isu semasa yang melanda GPMS.

Di dalam pertemuan ini juga, pihak GPMS turut menerima khidmat nasihat berkaitan urus tadbir pertubuhan belia mereka daripada pegawai Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Semoga dengan kunjungan ini, dapat mengeratkan lagi kerjasama dan hubungan dua hala diantara PPPB dan GPMS.

Disediakan oleh : Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)
Go to top