BENGKEL INTENSIF E-ROY DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENARAFAN BINTANG PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI PERAK (ZON TENGAH) TAHUN 2018
BATU GAJAH, 29 SEPTEMBER 2018 - Bengkel yang telah dihadiri seramai 84 peserta yang terdiri daripada 43 buah pertubuhan belia diseluruh Negeri Perak bertujuan untuk berkongsi dan memberi pendedahan kepada pertubuhan belia tentang modul terbaharu yang telah dibangunkan di dalam sistem e-ROY iaitu, penghantaran MYKD dan pindaan perlembagaan secara atas talian.

Selain itu, turut diadakan majlis penyampaian sijil star rating kepada pertubuhan belia yang layak dan dalam masa yang sama, pihak SPRM turut diberikan slot untuk menyampaikan ceramah berkaitan agensi mereka.

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan kepada Jabatan Belia Dan Sukan Perak khususnya atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan.

Disediakan oleh : Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)
Go to top