KBS SERIUS MEMPERKASAKAN ARENA PERMOTORAN NEGARA – SYED SADDIQ
PUTRAJAYA, 2 OKTOBER 2018 – Selaras dengan hasrat kerajaan memperkasa dan memperkembangkan industri permotoran negara, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil inisiatif mengadakan sesi townhall bersama pemegang-pemegang taruh industri.

Sesi yang bertemakan “KBS Motorsports Townhall Session” itu dikendalikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Beliau menegaskan beberapa langkah proaktif dapat dilaksanakan antaranya pihak media perlu memberi penekanan dan fokus tehadap liputan berkaitan industri ini agar dapat diperkembangkan ke seluruh tanah air.

Selain itu, pengagihan dan penyaluran dana juga harus diberikan kepada pihak yang sepatutnya serta penglibatan agensi-agensi KBS di dalam menyerlahkan potensi generasi muda di arena permotoran negara. KBS akan terus menganjurkan sesi-sesi sebegini merentasi segenap komuniti terutamanya di kalangan penggiat sukan itu sendiri demi pemerkasaan industri sukan tanah air.

Ditulis oleh: Muhammad Fadzil bin Zulkifli (Pelatih Industri UPM), Unit Komunikasi Korporat
Go to top