TOWNHALL AKTA 576 PERMULAAN KEPADA PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN 2018
PUTRAJAYA, 22 OKTOBER 2018 – Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah mengadakan sesi Townhall Akta Pembangunan Sukan 1997 bertempat di Dewan Podium, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.

Hampir 300 peserta dari pelbagai agensi menyertai program anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Program yang dilaksanakan ini melibatkan peserta dari badan sukan kebangsaan, syarikat-syarikat swasta dan semua kementerian-kementerian. Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan townhall ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pemegang taruh berkaitan cadangan Peraturan-peraturan Pembanunan Sukan 2018. Selain itu, ia juga sebagai syarat untuk memenuhi keperluan Perbadanan Produktiviti Malaysia melalui Regulatory Impact Analysis (RIA) dalam membangunkan sesuatu peraturan. Pelbagai cadangan dan pandangan daripada pemegang taruh telah direkodkan dan diambil bagi memperkemaskan peraturan ini bagi persediaan untuk digunapakai pada tahun 2019 nanti.

Bagi Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dato’ Zaiton binti Othman. beliau amat mengharapkan cadangan dan idea dari semua pihak dalam membangunkan Peraturan-peraturan Pembangunan Sukan 2018 ini terutama bagi penguatkuasaan lesen acara sukan, penawaran sukan antarabangsa dan juga berkaitan jawatankuasa pertikaian sukan yang akan dikuatkuasakan pada 2019 akan datang.

Di dalam townhall tersebut 4 orang panel telah diberikan tanggungjawab bagi menerangkan perkara-perkara berkaitan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Pindaan 2018). Antara mereka adalah Encik Ibrahim bin Yusof, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, KBS dan ProfessorMadya Dr. Jady, UKM dengan Dr. Suhardi bin Alias dari Majlis Sukan Negara bertindak sebagai moderator. Diharapkan dengan adanya townhall ini dan cadangan serta idea dari para peserta, Peraturan-peraturan Pembangunan Sukan 2018 ini dapat dibangunkan dan dikuatkuasakan pemakaiannya pada tahun 2019.

Disediakan oleh : Pejabat Pesuruhjaya Sukan
Go to top