KOTA BHARU, 10 MEI 2015 – Berkonsepkan persembahan bakat ‘Showcase of Talent’, Festival Mesra Belia 1 Malaysia ‘Jom Ke Putrajaya’ Peringkat Negeri Kelantan telah dilancarkan baru-baru ini bertempat di Dewan 1 Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
 
Selaku Pegawai Penyelaras, Muhammad Saupi Ibrahim berkata, majlis pelancaran ini adalah salah satu langkah promosi bagi menarik para belia untuk turut serta memeriahkan festival yang bakal berlangsung di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong pada 14 hingga 16 Mei ini.  

Pelancaran ini disempurnakan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Md. Sulji Zakaria. Turut hadir, Timbalan Pengarah, Haji Hassan Noorhadi Awang dan Penolong Pengarah, Mohamad Fadhlir Rahman Mohamad Nazir.    
 
Oleh:Urus Setia Bahagian Pembangunan Belia,JBSN Kelantan  

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Go to top