PERAK, 26 NOVEMBER 2018 - Sarawak menambah 13 pingat emas untuk terus mengekalkan kedudukan pendahulu selepas tamat hari ketiga temasya Para SUKMA XIX Perak 2018.

Ini menjadikan Sarawak dengan 24 emas, 26 perak dan 19 gangsa, meninggalkan Sabah di kedudukan kedua dengan 17 emas, 16 perak dan 11 gangsa, manakala tuan rumah perak di tangga ketiga dengan 14 emas, 13 perak dan 12 gangsa.

Atlet renang kebangsaan, Muhd Nur Syaiful Zulkafli mengetuai senarai pemenang pingat emas sukan renang yang muncul penyumbang terbesar dengan 6 pingat emas.

Olahraga sumbang 3 emas manakala Jong Yee Khie tepati ramalan hadiah emas menerusi powerlifting dan Marcos Chang Hoa Hong raih emas tenpin boling TBP9. Dalam pada itu, dilapangan olahraga tujuh lagi rekod berjaya diperbaharui iaitu lompat jauh lelaki F37, lompat jauh lelaki F12, 400 meter lelaki T12, T20, T37 dan T47 serta 1,500 meter lelaki T20 untuk menjadikan jumlah 17 rekod baru, setakat ini.

Disediakan oleh: Majlis Sukan Negara
Go to top