MELAKA, 28 NOVEMBER 2018 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan telah menerima kunjungan daripada wakil Kelab Belia Muhibah, Labis.

Kunjungan kelab belia ke ROY Zon Selatan adalah bertujuan untuk mendapatkan dokumen yang telah diluluskan di dalam Sistem eROY V2. Kelab tersebut telah diberikan penerangan secara ringkas berkaitan tindakan yang perlu diambil setelah mendapat sijil perakuan kelulusan pendaftaran, kaedah pelaporan tahunan dan fasal berkaitan perlembagaan. Mereka berasa amat teruja kerana permohonan pendaftaran kelab belia tersebut telah diluluskan dan ini akan memudahkan kelab tersebut untuk menganjurkan dan menggerakkan program-program pembangunan belia di zon selatan.

ROY Zon Selatan sentiasa mengalu-alukan kehadiran pertubuhan belia ke pejabat bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung permasalahan yang dihadapi oleh pertubuhan belia. ROY Zon Selatan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pertubuhan belia yang sudi berurusan di pejabat ini.

Disediakan oleh: Mohamad Bin Suleiman (ROY Zon Selatan)
Go to top