KUALA TERENGGANU, 6 DISEMBER 2018 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia mengucapkan sekalung tahniah kepada Kelab Anak Muda Prihatin Kampung Tengah, (KAMPKT), Kelab Belia Cakna Anak Muda Taman Fikri (KBCAM) dan Kelab Pemuda Cakna Belia, Kampung Paya Berenjut ( BELIA PB) dari daerah Kemaman diatas kejayaan mendaftar pertubuhan belia mereka.

Wakil daripada pertubuhan telah diberi penerangan berkaitan urus tadbir pertubuhan selepas pendaftaran disamping kewajipan untuk menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) setiap tahun selepas mengadakan Mesyuarat Agung okeh Pegawai Pendaftaran Kanan PPPB Zon Timur. Semoga dengan pendaftaran ini, mereka dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta belia setempat amnya.

Semoga hajat murni barisan kepimpinan pertubuhan ini yang berhasrat untuk mengatasi gejala tidak sihat dikalangan belia setempat dengan menganjurkan berbagai aktiviti berfaedah dapat direalisasikan dengan jayanya.

Disediakan oleh: Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia
Go to top