28 MEI 2019 - Pasukan Kriket Malaysia Setanding Di Peringkat Antarabangsa.

Kemenangan pingat emas pertama Skuad Kriket Kebangsaan di temasya terbesar di Asia Tenggara iaitu Sukan SEA yang lalu dijadikan sebagai pembakar semangat untuk terus memajukan sukan kriket di Negara ini.

YB @scheekeong, telah menerima kunjungan dari Malaysia Cricket Association bagi membincangkan isu, hala tuju dan bertukar-tukar pandangan untuk memastikan sukan kriket terus konsisten dan dapat mengekal kecemerlangan bukan sahaja di Malaysia malah di pentas antarabangsa.

Pihak KBS berbesar hati menerima kunjungan ini yang diketuai oleh YAM Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Penaung serta En. Mahinda Vallipuram, Presiden, Malaysia Cricket Association.
Go to top