Atlet Malaysia dalam bidang pengajian berikut di Universiti/ IPT Tempatan yang diiktiraf Kerajaan adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Sukan Persekutuan Kementerian Belia dan Sukan

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan hanya terbuka kepada atlet yang memenuhi syarat:

1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi umur yang ditetapkan pada tarikh tutup permohonan:
i. 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa; atau
ii. 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.

2. Atlet yang masih aktif dalam sukan dengan sekurang-kurang memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Universiti ASEAN (SUA) atau Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf sebelum tarikh tutup permohonan. Penyertaan 2 tahun kebelakang sahaja diambil kira. Pegawai dan jurulatih sukan tidak layak memohon.

3. Kategori permohonan:
i. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan hendaklah mencapai minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) seperti berikut pada semester terkini (semasa permohonan dibuat) dengan baki tempoh pengajian dua (2) semester atau lebih:
   a. Minimum PNGK 2.00 bagi atlet yang mewakili negara; dan
   b. Minimum PNGK 2.50 bagi atlet yang mewakili institusi/negeri.

ii. Pelajar baru hendaklah telah mendapat surat tawaran pengajian di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda Pertama dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan secara sepenuh masa.

4. Tidak menerima sebarang tajaan / biasiswa daripada mana-mana institusi / agensi kerajaan / swasta yang lain.

5. Sihat dari segi mental dan fizikal.

6. Pemohon-pemohon yang menerima hadiah biasiswa ini hendaklah terus giat di dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya semasa tempoh pengajiannya dan juga dikehendaki mewakili negara di dalam pertandingan-pertandingan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sekiranya diperlukan,

7. Pemohon-pemohon yang dipilih hendaklah berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.

______________________________________________________________________
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di https://spsb.kbs.gov.my
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Tel: 03-88713551 / 3558/ 3537
Tarikh permohonan : 10 hingga 29 Mac 2020

Go to top