Adalah dimaklumkan bahawa, program Bootcamp KBS 2019 dibuka kepada belia berumur 18 hingga 30 tahun dan merupakan warganegara Malaysia.  Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan.

  • Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut: -  

1.   Belia berumur 18 tahun hingga 30 tahun; berminat dalam bidang yang dinyatakan; serta boleh memberi komitmen kepada majikan sekurang-kurang selama setahun 
2.   Peserta yang mampu memberikan komitmen bekerja sepenuh masa di dalam bidang yang diminati dan sesuai dengan kehendak peserta
3.   Boleh membaca, menulis dan mengira
4.   Perwatakan positif
5.   Sedia bekerja dalam kumpulan
6.   Sedia bekerja mengikut syif
7.   Sihat mental dan fizikal
8.   Tiada rekod jenayah
9.   Bebas dari penyalahgunaan dadah
10. Bersedia menjalani latihan selama 3 bulan
11. Tidak memiliki saman tertunggak kenderaan
12. Tidak Rabun warna dan tidak mempunyai rekod jenayah

  • Borang permohonan  yang lengkap perlulah dihantar ke alamat berikut :

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Kementerian Belia dan Sukan 
Aras 3, Menara KBS,
No.27, Persiaran Perdana, Presint 4
62570, Putrajaya
(u.p.: En. Mazlan Bin Mohamed)

  • Tarikh permohonan: 4 Februari hingga 8 Mac 2019
  • Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan:
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB)
Kementerian Belia dan Sukan
Talian :  03-8871 3689 |  03-8871 3699
Go to top