Maklumat Am | Institut Kemahiran Belia Negara | Latihan Kemahiran Luar IKBNCarta Organisasi
 
1. MAKLUMAT AM
 

1.1 Latarbelakang

Di awal penubuhan, Bahagian ini (dahulu Cawangan Kemahiran) merupakan salah satu cawangan di Bahagian Pembangunan Belia. Pada tahun 2001, ianya telah dinaiktaraf menjadi Bahagian Pembangunan Kemahiran melalui penyusunan semula Kementerian Belia dan Sukan. Sejak dari itu, Pengarah Bahagian bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), KBS.

Penyusunan semula Bahagian Pembangunan Kemahiran ini disebabkan fungsi yang semakin bertambah dalam merancang dan mengawalselia program latihan kemahiran melalui pendekatan seperti berikut:
- Kursus kemahiran sepenuh masa di Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN/IKBN)
- Kursus Bina Insan (kepimpinan, keusahawanan, disiplin) kepada belia
- Kursus Kemahiran Jangka Pendek dan Customised kepada belia
- Kursus Kemahiran di institusi swasta (program tajaan pelatih)

1.2 Visi , Misi, Objektif, Piagam Pelanggan

Visi :
Membina generasi belia yang mempunyai jati diri dan kompeten dalam kemahiran bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.

Misi :
Menghasilkan belia yang berkemahiran, berdisiplin, berakhlak mulia dan berwawasan untuk keperluan tenaga kerja selaras dengan pembangunan negara.

Objektif :
Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada belia melalui pelbagai pendekatan untuk melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan negara

Piagam pelanggan
1. Memastikan keputusan permohonan memasuki program latihan kemahiran diketahui lima (5) minggu selepas tarikh permohonan ditutup
2. Memastikan pengajar menghadiri kursus peningkatan kemahiran sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam setahun
3. Memastikan modul latihan dikaji semula dalam tempoh (1) tahun dari tarikh arahan yang dikeluarkan oleh badan pengiktirafan
4. Memastikan kemudahan dan peralatan latihan memenuhi keperluan standard industri

1.3 Fungsi Cawangan – Cawangan

Terdapat 6 cawangan di Bahagian Pembangunan Kemahiran iaitu :

1. Cawangan Perancangan Latihan dan Pembangunan
2. Cawangan Pembangunan Kurikulum
3. Cawangan Operasi Latihan
4. Cawangan Pentauliahan dan Hubungan Industri
5. Cawangan Latihan Luar
6. Cawangan Pentadbiran dan Kewangan

Cawangan Perancangan Latihan dan Pembangunan
Unit Perancangan dan Penyelarasan
1. Merancang halatuju, strategi dan program latihan selaras dengan keperluan semasa negara
2. Merancang jurusan-jurusan baru selaras dengan keperluan pasaran guna tenaga semasa di sektor industri
3. Merancang dan menganalisa keberkesanan sistem lantikan
4. Merancang peningkatan kemudahan dan peralatan
5. Merancang peningkatan kapasiti dan keluasan IKBN
6. Merancang pendekatan baru ke arah peningkatan kualiti dan kuantiti latihan
7. Merancang program kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam dan luar negara
8. Mengumpul dan menganalisa maklumat
9. Pembangunan Sistem Maklumat
10. Menyelaras kertas laporan dan kertas maklumbalas
11. Kajian dan penilaian program dan sistem penyampaian pengajar
12. Menyusun semula struktur organisasi IKBN dan memohon jawatan baru bagi IKBN
13. Menyelaras urusan jawapan parlimen

Unit Pembangunan Fizikal
1. Mengkaji keperluan dan mencadangkan pembangunan institut latihan baru di dalam Rancangan Lima Tahun Malaysia
2. Mengenalpasti komponen fizikal bagi setiap pembinaan projek institut baru
3. Menyelaras dan menyelia pembinaan institut baru di dalam Rancangan Malaysia
4. Mengkaji cadangan keperluan menaiktaraf IKBN sedia ada
5. Mengkaji cadangan keperluan peningkatan peralatan IKBN sedia ada dan mengenalpasti keperluan peralatan IKBN baru
6. Menyelaras keperluan teknikal bagi perolehan peralatan dan kemudahan IKBN baru
7. Menyelia dan menyelaras inventori peralatan latihan serta kemudahan IKBN
8. Menyelaras agihan peruntukan pembangunan dan bajet mengurus untuk penyelenggaraan kemudahan, bangunan dan peralatan IKBN

Cawangan Pembangunan Kurikulum
Unit Kurikulum Teknikal

1. Merancang dan menyelaras pembangunan kurikulum latihan kemahiran teknikal & vokasional di IKBN/IKTBN berpandukan kepada standard kemahiran
2. Merancang dan menyelaras pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kurikulum yang dibangunkan
3. Memantau pelaksanaan latihan berpandukan kepada kurikulum, teaching material, teaching aid dan learning guide yang dibangunkan
4. Membantu mengenalpasti keperluan peralatan latihan bersesuaian dengan kurikulum
5. Mengenalpasti keperluan kursus, tahap dan tempoh berasaskan kepada permintaan industri
6. Memberi khidmat nasihat teknikal dalam aspek pembangunan infrastruktur
7. Menilai dan mengemaskini kurikulum latihan kemahiran teknikal & vokasional
8. Menyelaras dan menyelia pelaksanaan Pertandingan Kemahiran IKBN/IKTBN

Unit Pembelajaran Umum
1. Merancang dan menyelaras pembangunan kurikulum pembelajaran umum di IKBN/IKTBN
2. Merancang dan menyelaras pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kurikulum yang dibangunkan
3. Memantau pelaksanaan latihan berpandukan kepada kurikulum, teaching material, teaching aid dan learning guide yang dibangunkan
4. Menilai dan mengemaskini kurikulum pembelajaran umum dari masa ke semasa
5. Membantu menyelia pelaksanaan Pertandingan Kemahiran IKBN/IKTBN

Cawangan Operasi Latihan
Unit Penyelarasan Pengurusan IKBN
1. Urusan pengambilan dan rekod pelajar
2. Menyedia dan mengengemaskini data pegawai dan kakitangan BPK dan IKBN
3. Urusan pengoperasian perkhidmatan IKBN (kawalan keselamatan, makan minum dan kebersihan)
4. Memantau semua Program yang dilaksanakan di IKBN/IKTBN/KKBN (kursus sepenuh masa, kursus kemahiran jangka pendek, kursus bahasa Inggeris, ICT dan program)
5. Menyelia aduan dan siasatan IKBN
6. Urusetia mesyuarat Pengarah – Pengarah IKBN
7. Pemantauan pengurusan dan operasi IKBN/KKBN/IKTBN (pengurusan dan kebajikan staff)

Unit Pembangunan Pengajar
1. Merancang dan menyelia program peningkatan akademik dan kemahiran kepada pengajar IKBN – pedagogy, program peningkatan kemahiran (KBS), program peningkatan kemahiran (JPA)
2. Merancang penempatan pengajar mengikut kelayakan
3. Merancang program peningkatan tenaga pengajar Bina Insan

Unit Hal Ehwal Pelajar
1. Menyelia dan mengurus hal berkaitan ko-kurikulum pelajar
2. Menyelia tindakan displin pelajar
3. Urusetia Majlis Konvokesyen IKBN
4. Mengurus Alumni IKBN
5. Memantau program CITRA

Cawangan Pentauliahan dan Hubungan Industri
Unit Pentauliahan

1. Memastikan persijilan bagi kursus-kursus yang dijalankan mengikut piawaian kemahiran kebangsaan SKM, ST dan JKKP
2. Menjalankan naziran latihan ke IKBN/IKTBN/KKBN bagi menjamin mutu dan kualiti latihan
3. Menguruskan pewujudan pusat pentauliahan baru
4. Menguruskan hal – hal berkaitan peperiksaan di IKBN/IKTBN/KKBN

Unit Hubungan Industri
1. Merancang dan menyelaras latihan industri bagi pelajar – pelajar IKBN/IKTBN/KKBN
2. Mewujudkan hubungan bagi pelaksanaan kursus modular, customised & jangka pendek di IKBN/IKTBN/KKBN mengikut keperluan industri
3. Mengenalpasti peluang – peluang pekerjaan di industri
4. Memberi khidmat nasihat dan membantu dalam urusan penempatan pelajar setelah tamat latihan industri
5. Menjalin hubungan kerjasama dengan pihak swasta bagi meningkatkan kualiti latihan kemahiran
6. Mengadakan promosi dan publisiti semua program latihan yang dijalankan

Cawangan Latihan Luar
Unit Penyelarasan dan Operasi
1. Menyelaras hal ehwal pelajar program berkenaan
2. Merancang , menyelaras dan mengawalselia pengambilan dan penempatan pelajar bagi Program Pembiayaan Tempat Latihan, Program Perantisan,Latihan Kemahiran Tidak Formal dan Seminar Kerjaya Sehari
3. Penyediaan, penyelarasan dan pengawasan peruntukan
4. Menyediakan data dan Laporan Penilaian Program
5. Menyelaras naziran terhadap tempat penyedia latihan
6. Menguruskan untuk mendapat pengiktirafan
7. Promosi dan dokumentasi cawangan
8. Menyelaras peruntukan cawangan

Unit Latihan Tidak Formal
1. Mengurus dan mengawalselia Program Latihan Kemahiran Tidak Formal ( LKTF )
2. Mengurus dan mengawalselia program Seminar Kerjaya Sehari
3. Membangunkan penyediaan modul-modul program
4. Menjalankan pemantauan dan penilaian ke atas program yang dijalankan
5. Mengawalselia peruntukan perbelanjaan program seluruh negara

Unit Pengembangan Latihan
1. Mengurus dan mengawalselia program Pembiayaan Tempat Latihan
2. Mengawal selia peruntukan perbelanjaan program
3. Mengadakan naziran dan lawatan ke pusat – pusat latihan
4. Memantau pelaksanaan program, kursus dan laporan program
5. Mengurus hal ehwal pelajar

Cawangan Pentadbiran dan Kewangan
Unit Pengurusan dan Kewangan

1. Pengurusan kewangan dan penyeliaan perolehan Bahagian
2. Pengurusan dan penyelarasan penyediaan Bajet Mengurus Tahunan di Bahagian dan IKBN/IKTBN
3. Penyeliaan dan penyelarasan peruntukan dan perbelanjaan Bajet Mengurus di IKBN/IKTBN
4. Mengurus dan menyelia urusan perkhidmatan dan pejawatan pegawai dan kakitangan Bahagian dengan Bahagian Pengurusan Sumber di Kementerian

Unit Pentadbiran
1. Pengurusan pentadbiran bahagian
2. Menguruskan inventori, verifikasi stok, pelupusan dan hapus kira aset di bahagian
3. Pengurusan fail bahagian

 

 
 
 
   
2. INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA
   

2.1 Pengenalan

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964. Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir. Pada awal tahun 1990-an program latihan diperluaskan kepada usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara.

Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan mempunyai 15 IKBN termasuk sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN). Tambahan 6 buah IKBN lagi sedang diperingkat pembinaan dan dijangka membuat pengambilan pertama pada tahun 2011.

Pembinaan IKBN membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan tenaga mahir. Penambahan kursus dalam pelbagai bidang serta peningkatan tahap kemahiran mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.

Matlamat penubuhan IKBN ialah :

- Menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah.
- Memberikan pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi.

- Mengadakan program kepimpinan, kerohanian, dan kenegaraan bagi menerap / membentuk belia yang mempunyai jati diri unggul.

IKBN / IKTBN menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak. Komponen latihan yang dilaksanakan :-

> Latihan Kemahiran
> Kepimpinan dan Ketatanegaraan
> Keagamaan dan Kerohanian
> Keusahawanan
> Kawad
> Sukan dan Rekreasi

2.2 Logo IKBN

Pengertian logo

Perisai :
Membawa makna IKBN menjadi tempat naungan bagi belia memperolehi latihan kemahiran. Warna biru membawa makna IKBN melahirkan tenaga kerja kolar biru yang berkemahiran dan diiktiraf.

Gear :
Membawa makna belia yang berkemahiran adalah penggerak kepada pembangunan negara. Warna kuning membawa maksud kecemerlangan dalam latihan adalah aspek yang sentiasa dititikberatkan dalam pembelajaran di IKBN.

Lengkungan dalam Gear Bewarna Merah :
Membawa makna IKBN berusaha memupuk sifat keberanian dan semangat kental para pelajar bagi menempuhi cabaran dalam alam pekerjaan yang bakal ditempuhi.

Simbol Buku :
Membawa maksud ilmu yang diterapkan kepada para belia di IKBN merangkumi pelajaran amali dan teori. Kulit buku berwarna hijau bermaksud para belia juga diterapkan dengan ilmu keagamaan dan nilai murni bagi melahirkan belia yang mahir dan bersifat mulia.

2.3 Senarai IKBN
1. IKBN Peretak, Selangor
2. IKBN Dusun Tua, Selangor
3. IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
4. IKBN Jitra, KEdah
5. IKTBN Sepang, Selangor
6. IKBN Seri Iskandar, Perak
7. IKBN Pagoh, Johor
8. IKBN Chembong, Negeri Sembilan
9. IKBN Alor Gajah, Melaka
10. IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang
11. IKBN Bachok, Kelantan
12. IKBN Kuala Perlis, Perlis
13. IKBN Kinarut, Sabah
14. IKBN Miri, Sarawak
15. IKBN Temerloh, Pahang
16. IKBN Kemasik, Terengganu
17. IKBN Pekan, Pahang
18. IKBN Naka, Kedah
19. IKBN Bandar Penawar, Johor
20. IKBN Kuala Langat, Selangor
21. IKBN Tanah Merah, Kelantan

2.4 Alamat IKBN

IKTBN Sepang
Bandar Baru Salak Tinggi
43900 Sepang, Selangor.
Tel: 03 – 87061720
http://www.iktbnsp.gov.my
IKBN Dusun Tua
KM 25, Dusun Tua
43100 Hulu Langat, Selangor.
Tel: 03 – 90217100
http://www.ikbndt.gov.my

IKBN Peretak
44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Tel: 03 - 60651401
http://www.ikbnpt.gov.my
IKBN Wakaf Tapai
KM 24 Jln K.Terengganu - K.Berang Wakaf Tapai
21040 Marang, Terengganu.
Tel: 09 – 6802077
http://www.ikbnwt.gov.my

IKBN Jitra
Jln Changloon
06000 Jitra, Kedah
Tel: 04 – 9174676
http://www.ikbnjt.gov.my
IKBN Seri Iskandar
Bandar Seri Iskandar
32600 Bota, Perak
Tel: 05 – 3711300
http://www.ikbnsi.gov.my

IKBN Kuala Perlis,
Jln. Bukit Kubu,
02000 Kuala Perlis, Perlis
Tel: 04 – 9855985
http://www.ikbnkp.com.my
IKBN Bukit Mertajam,
14000 Berapit, Bkt. Mertajam,
Pulau Pinang.
Tel: 04 – 5225288
http://www.ikbnbm.gov.my

IKBN Bachok,
Kg. Tangok,
16300 Bachok, Kelantan.
Tel: 09 – 7787700
http://www.ikbnbc.gov.my
IKBN Alor Gajah,
KM 34, Jln. Ramuan China Besar,
78300 Masjid Tanah, Melaka.
Tel: 06-3851255
http://www.ikbnag.gov.my

IKBN Pagoh,
KM 21, Jln. Panchur,
84500 Pagoh,
Muar, Johor
Tel: 06 – 9737836
http://www.ikbnpg.gov.my
IKBN Chembong,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan.
Tel: 06 – 6857900
http://www.ikbncb.gov.my

IKBN Miri,
Jln. Permy Jaya Utama,
Bandar Baru Permy Jaya,
98000 Miri, Sarawak.
Tel: 085- 660714
http://www.ikbnmr.gov.my
IKBN Kinarut,
W.D.T 16, Jalan Limau-Limauan
89609 Papar. Sabah.
Tel: 088-755929
http://www.ikbnkn.gov.my

IKBN Temerloh
Kampong Bongsu, Lanchang
Lot PT 4223, Mkm. Semantan,
28000 Temerloh, Pahang
Tel: 09 – 2805550
http://www.ikbnt.gov.my

2.5 Kursus sepenuh masa yang ditawarkan

1. Teknologi Kejuruteraan Elektrikal
2. Teknologi Kejuruteraan Elektronik
3. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
4. Teknologi Kejuruteraan Automotif
5. Teknologi Kejuruteraan Awam
6. Teknologi Kejuruteraan Marin
7. Teknologi Fotografi
8. Teknologi Maklumat
9. Teknologi Tekstil dan Apparel
10. Teknologi Makanan
11. Perkhidmatan Personal

[kursus mengikut ikbn]

2.6 Badan Persijilan

Berikut adalah badan-badan persijilan yang mengiktiraf kelayakan dan kekompetensi bidang-bidang kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN):
Badan Persijilan Persijilan

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),
Kementerian Sumber Manusia Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 ,2 dan 3
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
Suruhanjaya Tenaga (ST) Perakuan Kekompetenan Pendawai
Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia Sijil Kecekapan Latihan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Diploma Teknologi
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Sijil Teknologi, Diploma Teknologi


2.7 PROGRAM / KURSUS TAMBAHAN DI IKBN

1. KURSUS SEPARUH MASA
- Terbuka kepada individu/pekerja industri yang berminat.
- Kemudahan tempat tinggal, makan minum tidak disediakan.
- Yuran latihan tidak dibiayai
- Persijilan adalah seperti kursus sepenuh masa
- Kursus dilaksana di luar waktu pejabat
- Sila hubungi IKBN/IKTBN untuk maklumat lanjut

2. KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK (CUSTOMISE)
- Terbuka kepada individu/pekerja industri yang berminat
- Modul kursus boleh diubahsuai mengikut kehendak peserta
- Kemudahan tempat tinggal, makan minum tidak disediakan
- Yuran latihan tidak dibiayai
- Sijil kehadiran kursus akan dikeluarkan oleh IKBN/IKTBN yang berkenaan
- Kursus dilaksana di luar waktu pejabat
- Sila hubungi IKBN/IKTBN untuk maklumat lanjut.

3. PROGRAM SKILL 2Y (Kemahiran kepada Belia)
IKBN dilihat sebagai satu saluran yang dapat membentuk usaha Kementerian Belia dan Sukan melaksanakan berbagai aktiviti yang dapat membentuk minat di dalam kerja tangan (kemahiran) khususnya kepada belia lepasan sekolah dan belia yang sedang bekerja bagi memantapkan skill mereka.

Program Skill 2Y merupakan program latihan jangka pendek untuk belia-belia dalam bidang kemahiran yang dijalankan secara tidak formal. Program ini disediakan kepada masyarat berhampiran tempat kediaman mereka supaya mudah untuk peserta menghadiri kursus.

Terbuka kepada :
1. Belia lepasan sekolah
2. Belia sedang bekerja
3. Ahli-ahli persatuan belia
4. Belia di dalam lingkungan umur 18 hingga 30 tahun

Objektif program :
1. Mengoptimakan segala kemudahan infrastruktur dan sumber
tenaga manusia yang terdapat di IKBN untuk faedah belia dan masyarakat setempat juga IKBN sendiri
2. Mendedahkan bidang kemahiran yang terdapat di dalam IKBN
disamping menyediakan peluang mendapatkan latihan kemahiran dan laluan kerjaya kepada belia.
3. Membantu menerapkan minat belia-belia dalam menjana tenaga
mahir untuk membangunkan negara mereka sendiri tanpa bergantung kepada pekerja asing semata-mata.
4. Mengisi masa senggang para belia di hujung minggu.
5. Mempromosikan bidang-bidang kemahiran yang kurang popular di
kalangan remaja masa kini.

Kemudahan yang diberikan kepada para peserta program :
1. Bahan latihan (Bahan guna habis)
2. Makan minum peserta
3. Penginapan peserta
4. Utiliti
5. Persijilan Peserta
6. Insuran Peserta
7. Pakaian Peserta

Tempoh Kursus :
Selama 3 hari 2 malam
(Jumaat, Sabtu dan Ahad) = selama 20 jam.

Kapasiti peserta :
Minimum = 5
Maksimum = 15

Antara kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan :
Membuat kek, Service enjin motorsikal, menjahit baju kurung tradisional, melukis pola baju melayu, memasak makanan barat, mencanting Batik
* Kursus di atas bukan kursus wajib, tertakluk kepada perubahan.

Penyertaan :
Sila hubungi IKBN setempat bagi mengetahui kursus yang ditawarkaan.

4. PROGRAM SKILL 4Y (KEMAHIRAN UNTUK BELIA)
Program Skill 4Y merupakan program latihan jangka pendek untuk belia-belia untuk mendapatkan kemahiran. Peserta akan diberi latihan kemahiran oleh tenaga pengajar IKBN dengan menggunakan kemudahan bengkel dan peralatan di IKBN.

Objektif program :
1. Mengoptimakan segala kemudahan infrastruktur dan sumber
tenaga manusia yang terdapat di IKBN untuk faedah belia dan masyarakat setempat juga IKBN sendiri.
2. Mendedahkan bidang kemahiran yang terdapat di dalam IKBN
disamping menyediakan peluang mendapatkan latihan kemahiran dan laluan kerjaya kepada belia.
3. Membantu menerapkan minat belia-belia dalam menjana tenaga
mahir untuk membangunkan negara mereka sendiri tanpa bergantung kepada pekerja asing semata-mata.
4. Mengisi masa senggang para belia di hujung minggu.
5. Mempromosikan bidang-bidang kemahiran yang kurang popular di
kalangan remaja masa kini.

Terbuka kepada :
1. Belia berumur 16 hingga 25 tahun yang boleh membaca dan menulis.
2. Syarat-syarat lain mengikut keperluan kursus contoh ; tidak buta warna, tiada kecacatan anggota.

Borang boleh diperolehi :
- IKBN

Kursus-kursus kemahiran adalah seperti berikut :
a. Bidang Kej Elektrikal
1. Kursus Pemasangan Elektrik (lampu, kipas, plug)
2. Kursus Penyelenggaraan Pendingin Hawa, dll

b. Bidang Kej Elektronik
1. Kursus Sistem Penggera
2. Kursus Sensor, dll

c. Bidang Kej Mekanikal
1. Kursus Membuat Jeriji Besi
2. Kursus Membuat Papan Tanda Berlampu, dll

d. Bidang Kej Awam
1. Kursus Pemasangan Jubin
2. Kursus Penerapan Bata
3. Kursus Penyenggaraan Pintu
4. Kursus membuat Sistem Pancuran Air, dll

e. Bidang Kej Automotif
1. Kursus Penyenggaraan Brek
2. Kursus Penyenggaraan dan Penalaan Enjin
3. Kursus Penyenggaraan Pendingin Hawa
4. Kursus Asas Auto Elektrik
5. Kursus Penyenggaraan Motorsikal, dll

f. Bidang Teknologi Makanan
1. Kursus Menghias Kek
2. Kursus Ukiran Buah-buahan
3. Kursus Memasak Pasta
4. Kursus Table Setting & Napkin Folding, dll

g. Bidang Tekstil dan Apparel
1. Kursus Jahitan Manik
2. Kursus Jahit Langsir
3. Kursus Asas Jahitan Tangan (Sembat, tulang Belut)
4. Kursus Mencanting Tudung
5. Kursus Sulaman Reben, dll

h. Bidang perkhidmatan Personel
1. Kursus Rawatan dan Penjagaan Kuku
2. Kursus Teknik Memotong Rambut
3. Kursus Asas Solekan
4. Kursus Rawatan Muka, dll

i. Bidang Kej Marin
1. Kursus Penyenggaraan Enjin Bot, dll

j. Bidang Teknologi Komputer dan Multimedia
1. Kursus Pemasangan Komputer
2. Kursus Menyunting Grafik, dll

* Kursus di atas bukan kursus wajib, tertakluk kepada perubahan.

Kemudahan yang diberikan kepada para peserta program :
1. Bahan latihan (Bahan guna habis)
2. Makan minum peserta
3. Penginapan peserta
4. Utiliti
5. Persijilan Peserta
6. Insuran Peserta
7. Dobi
8. Student kit

Tempoh Kursus :
Selama 3 hari 2 malam
(Jumaat, Sabtu dan Ahad) = selama 20 jam.
Kapasiti peserta :
Minimum = 5
Maksimum = 15

Penyertaan :
Dapatkan borang di IKBN berdekatan.

 
 
3. LATIHAN KEMAHIRAN LUAR IKBN
   

Program latihan kemahiran luar IKBN merupakan pelengkap kepada program sedia ada di IKBN. Ia merupakan sebagai alternatif kepada belia untuk mendapatkan latihan kemahiran.

Objektif program ini alah :
i. Menyediakan peluang latihan lebih meluas kepada belia lepasan sekolah untuk mendapatkan kemahiran asas bagi membolehkan mereka meneruskan latihan lanjutan atau memasuki pasaran kerja
ii. Untuk mempertingkatkan bilangan tenaga kerja terlatih bagi memenuhi permintaan pelbagai sektor pekerjaan
iii. Menyediakan peluang kedua kepada generasi belia untuk meraih ilmu dan kemahiran sesuai dengan kecenderungan mereka

3.1 Program Pembiayaan Tempat Latihan (Buying Places)

Kaedah pelaksanaan
Belia yang terpilih akan ditempatkan mengikuti latihan secara sepenuh masa di institut latihan swasta yang ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Pihak institut berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya melatih para pelajar mengikut tempoh dan persijilan yang ditetapkan.

Tempat latihan
Kursus dijalankan secara sepenuh masa di institut latihan swasta yang dilantik oleh KBS sebagai penyedia latihan.

Persijilan
Pelajar akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia mengikut tahap dan pencapaian pelajar.

Pembiayaan
Kementerian akan membiayai sepenuhnya yuran latihan pelajar dan menyediakan elaun sara hidup sebanyak RM210.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian.

Syarat kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 17 hingga 25 tahun
- Kelayakan minima – Tamat tingkatan 5
- Bujang/belum berkahwin
- Tidak mempunyai rekod jenayah
- Lulus pemeriksaan kesihatan

Cara memohon
Mengisi borang permohonan yang didapati di Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri

3.2 Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF) di Kompleks Belia dan Sukan Negeri

Latar Belakang
LKTF merupakan satu pendekatan latihan kemahiran fleksibel dan tidak memerlukan peralatan teknikal yang berat, besar dan banyak. Pendekatannya mudah dan ringkas.

Objektif
- Memperluaskan peluang latihan untuk belia lepasan sekolah
- Mempertingkatkan bilangan tenaga kerja terlatih dan berkemahiran
- Meningkatkan kadar penggunaan Kompleks Belia dan Sukan melalui aktiviti bermanfaat yang berpanjangan

Konsep pelaksanaan
Dilaksanakan sepenuhnya di Kompleks Belia dan Sukan Negeri atau tempat yang bersesuaian yang ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN). Dijalankan pada hujung minggu mengikut jadual yang ditentukan. Program ini boleh dijalankan pada hari bekerja tertakluk kepada sambutan peserta dan keupayaan mendapat tenaga pengajar.

Latihan berbentuk jangka pendek iaitu latihan kemahiran di peringkat asas untuk membolehkan peserta mengenali dan memahami asas kemahiran tersebut. Kemahiran seterusnya boleh didapati melalui kursus lanjutan atau alam pekerjaan yang diceburi nanti.

Kursus yang ditawarkan
Kursus akan ditentukan oleh JBSN tertakluk kepada kemampuan tenaga pengajar dan kemudahan peralatan. Antara kursus yang dijalankan ialah kursus membaiki komputer, masakan, kek dan pastri, jahitan, mekanik motorsikal, mekanik kereta, sulaman dan lain-lain.

Tempoh latihan
Tempoh latihan setiap modul antara 8 hingga 30 jam. Tempoh latihan setiap sesi ialah antara 2 hingga 3 jam mengikut kesesuaian kursus.

3.3 Skim Perantisan Belia Nasional

Pengenalan
Skim Perantisan Belia Nasional merupakan satu kaedah latihan berbentuk kerjasama antara sektor swasta dengan Kerajaan. Melalui skim ini majikan akan menaja perantis dan seterusnya mengadakan latihan sambil bekerja, manakala pihak Kerajaan akan memberi khidmat nasihat latihan dan insentif.

Kaedah Pelaksanaan
Skim ini melibatkan satu program iaitu Program Hotel Industry Apprenticeship (HIAS). Ia merupakan kerjasama pihak Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Kolej Swasta.

Konsep dan tempat latihan
Latihan teori akan dilaksanakan oleh kolej swasta manakala latihan on the job dijalankan di premis hotel penaja.

Kurikulum dan Pengiktirafan
Kurikulum berdasarkan standard kemahiran kebangsaan (NOSS) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia akan dianugerahkan kepada pelajar yang berjaya.

Elaun Bulanan
Kementerian Belia dan Sukan akan memberi elaun bulanan sebanyak RM210.00 dan selebihnya akan disumbangkan oleh pihak hotel penaja berkenaan.

Cara memohon
Iklan akan disiarkan oleh kolej yang terlibat di akhbar – akhbar utama. Para pemohon boleh datang terus ke kolej terlibat untuk ‘walk-in interview’ dengan pihak hotel penaja ataupun memohon terus dari Kementerian Belia dan Sukan dengan mengisi borang yang berkaitan.

 

 
* Sumber dari : Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,  Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Tarikh Kemaskini: 22/04/2014
Go to top