KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2019 - Kejayaan atlet paralimpik negara di pentas sukan antarabangsa terus mendapat pengiktirafan dan penghargaan pelbagai pihak.

Chef selebriti terkenal, Dato' Fazley Yaakob tidak ketinggalan meraikan kejayaan para atlet paralimpik di Sukan Asia Jakarta tahun lalu.

Sebagai penghargaan, beliau telah berbesar hati meraikannya dengan persembahan "Sweet Table" yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan bersama hampir 200 atlet para negara dan jurulatih.

Jelas Dato' Fazley, selepas sekian lama tertangguh, beliau bersyukur dapat meraikan bersama atlet para negara dan berharap mereka terus mempamer aksi luar biasa dan mencatat kejayaan yang lebih cemerlang pada temasya Sukan Para ASEAN Filipina dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Go to top