KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER 2019 - Putera Edward, Earl of Wessex hari ini melawat Kuala Lumpur Sports City dan juga Majlis Sukan Negara hari ini.

Putera Edward yang juga naib penaung Sukan Komanwel diringi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memulakan lawatan ke Pusat Akuatik Nasional menyaksikan penerjun dan perenang kebangsaan beraksi sebelum ke Gimnasium 2 untuk menyaksikan latihan atlet sepak takraw dan wushu untuk Sukan SEA 2019 di Filipina.

Putera Edward kemudian dibawa ke Mini Stadium Majlis Sukan Negara menyaksikan sesi latihan atlet olahraga, diikuti latihan atlet gimrama di Gimnasium 1 dan latihan atlet gimnastik artistik lelaki dan wanita di Gimnasium 3.

Putera Edward turut meluangkan masa beramah mesra bersama atlet kebangsaan dan bekas atlet yang telah bersara di foyer gimnasium 3.

Go to top