Putrajaya, 5 November 2019 - Sistem Ydata@IYRES merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dalam menyebarluas maklumat/statistik berhubung generasi belia melalui pendekatan one-stop-centre. Inisiatif ini telah dilaksanakan dengan kerjasama daripada 42  Kementerian/Jabatan/Agensi yang terlibat secara langsung dengan pembangunan belia dinegara ini.

Bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 15, Menara KBS, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi Bil. 2/2019. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan. Seramai 36 orang focal point yang mewakili Kementerian/Jabatan/Agensi telah hadir pada mesyuarat kali ini bagi menyelaras dan membincangkan data/statistik terkini berhubung generasi belia yang boleh dijadikan rujukan oleh pelbagai pihak.

Go to top