KINRARA,PUCHONG 05 NOVEMBER 2019 – Unit AntiDoping  Malaysia (ADAMAS) telah dijemput oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memberikan taklimat kepada seluruh kontinjen Malaysia yang bakal bertanding ke acara Sukan SEA di Filipina pada hujung November ini.

Taklimat ini dihadiri oleh lebih 112 orang wakil daripada persatuan, OCM, pegawai MSN dan pegawai ISN yang akan turut serta ke acara gilang gemilang itu nanti. Taklimat ini di sampaikan oleh Penolong Pengarah ADAMAS, Puan Nur Suhaila Bt Ithnin (Seksyen Pendidikan dan Pencegahan) bersama En. Mohd Khairul Syafiq bin Ali iaitu Penolong Pengarah ADAMAS (Seksyen Ujian) bagi menerangkan bagaimana proses kawalan doping dilaksanakan serta peraturan-peraturan yang atlet harus patuhi.

Di samping itu, Puan Azura binti Abidin selaku Pengarah ADAMAS dan YBhg. Datuk Megat Zulkarnain bin Omardin selaku Chief De Mission (CDM) untuk Sukan SEA-30 turut serta menyampaikan amanat kepada peserta yang hadir pada Bengkel Penetapan Sasaran Pingat Kontinjen Sukan SEA 2019 di Kinrara Golf  Club & Resort, Puchong Selangor.

Go to top