PUTRAJAYA, 16 JANUARI 2019 - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQA) Peringkat Putrajaya Tahun 2020 pada 16 Januari 2020 bertempat di  Dewan Sheikh Daud Al-Fatoni Masjid Tuaku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pada tahun ini KBS telah menghantar seorang Qari iaitu Encik Mohd Hafiz bin Abd Hamid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dari Bahagian Pembangunan Sukan dan seorang Qariah iaitu Puan Yuslina binti Mohd Yunos, Pembantu Tadbir dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

MTQA Peringkat Putrajaya pada kali ini telah disertai oleh seramai 12 orang peserta. Qariah yang mewakili KBS iaitu Puan Yuslina binti Yunus telah berjaya menduduki Tempat Kedua membawa pulang Hadiah Wang Tunai berjumah RM1,500.00, Sijil Penghargaan, Senaskhah Al-Quran dan terjemahan dan Satu Set Buku Agama. Beliau juga akan mewakili Putrajaya ke MTQA Peringkat Wilayah Persekutuan yang akan dilangsugkan pada  21 – 23 Januari 2020 di Masjid Wilayah Persekutuan. Syabas dan tahniah diucapkan dari Team KBS.

Go to top