KUALA LUMPUR, 3 APRIL 2020 – Beberapa tarikh telah dicadangkan bagi menganjurkan SUKAN MALAYSIA (SUKMA) Johor edisi ke-20.

Pada mesyuarat secara dalam talian antara Majlis Sukan Negara bersama Sekretariat SUKMA Johor semalam, terdapat beberapa cadangan tarikh telah dibincangkan secara mendalam berdasarkan aspek penganjuran, teknikal dan permasalahan negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.

Hasil dapatan dalam mesyuarat ini akan dibawa ke mesyuarat dalam talian bersama semua Pengarah Majlis Sukan Negeri minggu hadapan sebelum cadangan akan dikemukakan kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan mengumumkan Sukma 2020, yang pada awalnya dijadual bermula 11 hingga 19 Julai ini, terpaksa ditunda atas faktor keselamatan dan kesihatan berikutan ancaman COVID-19.

Go to top