165 PROJEK KESUKARELAWAN DI SELURUH NEGARA, DIJAYAKAN ILKBS

165 PROJEK KESUKARELAWAN DI SELURUH NEGARA, DIJAYAKAN ILKBS
SIJANGKANG, 30 NOVEMBER 2017 - Sebanyak 165 projek kesukarelawan telah diadakan dan telah digerakan oleh Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di mana ia telah melibatkan seluruh ILKBS iaitu sebanyak 20 institusi di seluruh negara . Selaku Yang Dipertua JKKKP Parlimen Kuala Langat merangkap Koordinator Pembangunan Persekutuan Dun Sijangkang, YBhg. Dato' Haji Sulaiman Mohd Karli hari ini telah merasmikan Majlis Penutup Program Kesukarelawan, Program Touch Point di bawah CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) bagi Zon Tengah.

Pelaksanaan majlis ini telah mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak iaitu Jabatan Belia dan Sukan (JBSN), Persatuan Alumni, Persatuan Penduduk, Persatuan Belia, Wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua kampung, Agensi-agensi kerajaan seperti pihak IUC, JPM, KEMAS, JKR dan lain-lain agensi yang mana mempunyai peranan dan fungsi masing-masing. Program Touch Point ini adalah pelengkap kepada pembangunan kemahiran bagi belia-belia di bawah seliaan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS.

Objektif utama program ini adalah pelengkap kepada pembangunan diri dan sahsiah kepada belia itu sendiri, di mana dengan program yang sedemikian belia-belia ini khususnya para pelajar ILKBS itu sendiri, dapat didedahkan semangat bekerjasama, kerja berpasukan dan dapat mengajar mereka cara berinteraksi bersama dengan orang ramai dalam komuniti masyarakat berbilang kaum.

Sepanjang berlangsungnya program ini, mulai dari bulan Oktober yang lalu, pelbagai program serta aktiviti telah dapat dilaksanakan untuk memberi khidmat dan bantuan kepada masyarakat setempat di sekitar ILKBS. Aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pelajar dan warga institut adalah seperti penyelenggaraan bangunan, pembersihan kawasan, baikpulih kediaman, baikpulih Maahad Tahfiz / rumah ibadah dan sebagainya.

Program Touch Point ini adalah peluang yang baik dan juga sebagai platform pertemuan di antara kakitangan dan pelajar ILKBS bersama masyarakat dan komuniti setempat. Program ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, YBrs. Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof. Beliau menyampaikan ucaptama dan turut bersama-sama YBhg. Dato' Haji Sulaiman menjalankan aktiviti mengecat dinding Surau di Jeti Nelayan Sri Tanjung, Sikajang pada hari ini. Beliau memaklumkan, program kesukarelawan ini bukan sahaja melatih pelajar menjadi insan malah ia juga adalah aspek penting di dalam penilaian Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang telah diadakan di seluruh ILKBS. Beliau juga turut menzahirkan rasa syukur beliau kerana anak-anak belia di bawah ILKBS adalah belia-belia hebat serta bertungkus-lumus memberi yang terbaik dalam menyumbang tenaga dan keringat mereka kepada masyarakat sekitar melalui program-program seperti ini.

Disediakan oleh : Norzaidi Mohd Radzi (Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Everything begins with health. All your dreams, ambitions and desires need a foundation of good health to come to life.

29th SEA GAMES
9th PARA ASEAN GAMES

See You At Kuala Lumpur SEA Games 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

National Sport Day

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable