93 PINGAT EMAS SASARAN AWAL MALAYSIA DI SUKAN SEA 2019

93 PINGAT EMAS SASARAN AWAL MALAYSIA DI SUKAN SEA 2019
KUALA LUMPUR, 20 DISEMBER 2017 - Biarpun Sukan SEA 2017 baru saja melabuhkan tirai pada 31 Ogos lalu, Majlis Sukan Negara telah mengorak langkah merangka persediaan awal menghadapi edisi ke 30 di Filipina pada 2019.

93 pingat emas menjadi sasaran awal MSN pada temasya dwitahunan itu, selain menamakan senarai awal 300 atlet untuk diserap dalam program baru MSN. Jelas Pemangku Pengarah Bahagian Atlet, Jefri Ngadirin, sasaran itu berdasarkan andaian sukan yang akan dipertandingkan serta kekuatan atlet ketika ini.

"Seperti yang kita lakukan pada 2015 bila kita mulakan Program Kita Juara, kita memang meletakkan sasaran awal kepada semua persatuan sukan dan kita berjaya melepasi sasaran itu dengan cemerlang. Proses sama juga kita akan lakukan pada Sukan SEA 2019 ini dengan sasaran awal 93 k3 96 pingat emas boleh dimenangi dan meletakkan kita di kedudukan 3 negara terbaik".

Tambah Jefri, biarpun senarai rasmi sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA 2019 di Filipina masih belum dikeluarkan, namun mengandaikan 28 hingga 34 sukan akan dipertandingkan berdasarkan statistik sedia ada.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan nama rasmi program penyediaan atlet ke arah Sukan SEA 2019 masih belum diputuskan dan akan diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kelak. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan taklimat Program Penyediaan Atlet ke arah Temasya Sukan SEA 2019 kepada beberapa wakil persatuan sukan kebangsaan Bukit Jalil.

Disediakan oleh : Adila Mohammad (Majlis Sukan Negara)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Everything begins with health. All your dreams, ambitions and desires need a foundation of good health to come to life.

29th SEA GAMES
9th PARA ASEAN GAMES

See You At Kuala Lumpur SEA Games 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

National Sport Day

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable