PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA (RTD) – PERKAHWINAN: KEHENDAK VS. KEPERLUAN

PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA (RTD) – PERKAHWINAN: KEHENDAK VS. KEPERLUAN
PUTRAJAYA, 20 DISEMBER 2017 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Pertubuhan Belia Wawasan Baharu menganjurkan Program Persidangan Meja Bulat atau Roundtable Discussion (RTD) dengan tema Perkahwinan: Kehendak Vs. Keperluan pada 20 Disember 2017.

RTD yang berlangsung di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat fokus kepada cabaran belia berumah tangga dan tips penambahbaikan ekonomi belia dan hutang dalam kalangan belia serta langkah pengurusan kewangan yang baik.

Sesi forum bertajuk Perkahwinan: Kehendak vs Keperluan turut diadakan semasa RTD bersama panel-panel jemputan daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) iaitu En. Md Noh Saiman dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) iaitu YBhg. Dato’ Nadzim Johan yang turut berkongsi permasalahan belia masa kini yang berdepan dengan cabaran kewangan.

Sebanyak 10 resolusi telah dicadangkan dan diserahkan oleh wakil peserta, Pn. Nadia Amirah kepada YBrs. Pn. Ramona Mohd. Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan disaksikan oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.

Disediakan oleh: Siti Nur Hidayah Ismail
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disunting oleh: Zuarini Jumai
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

FIT MALAYSIA

 
Everything begins with health. All your dreams, ambitions and desires need a foundation of good health to come to life.

29th SEA GAMES
9th PARA ASEAN GAMES

See You At Kuala Lumpur SEA Games 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

National Sport Day

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable