PES 2018 DAN E-PIALA DUNIA MEDAN UJI KEMAMPUAN ATLET E-SUKAN

PES 2018 DAN E-PIALA DUNIA MEDAN UJI KEMAMPUAN ATLET E-SUKAN
KUALA LUMPUR, 18 JANUARI 2018 - Atlet E-Sukan yang mewakili Malaysia ke Kejohanan Pro Evolution Soccer (PES) 2018 di Bangkok dan play-off E-Piala Dunia di Barcelona mahu memanfaatkan peluang tersebut sebaik mungkin.

Ahmad Ramli Hamsni, Norameen Burhanuddin, Khairul Amin Shamsudin dan Mohd Hafeez Sharifuddin bakal beraksi di Bangkok pada 20 dan 21 Januari ini, manakala Muhamad Luqman Haziq Hajiman cipta sejarah muncul wakil tunggal Malaysia ke Barcelona pada kejohanan yang bermula 23 hingga 30 Januari ini. Bagi Muhamad Luqman, ini adalah medan terbaik buat beliau bersaing bersama jaguh-jaguh dunia yang lain.

"Peluang untuk menang adalah seimbang, jadi saya akan lakukan yang terbaik".

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) Datuk Latt Shariman Abdullah melatak harapan tinggi wakil negara ke Bangkok dan Barcelona mampu mencipta kejutan di kejohanan itu nanti.

"Kejohanan ini dapat memberi pendedahan awal kepada atlet kita dalam persiapan ke arah Sukan Asia 2022 dan Sukan Olimpik 2024. Tambahan pula, kita juga baru dimaklumkan oleh pihak eSukan Asia yang menyatakan kita dijemput ke Sukan Asia tahun ini. Kita akan membincangkan perkara itu dengan Majlis Sukan Negara".

Datuk Latt berkata demikian selepas majlis penyerahan jalur gemilang kepada lima atlet berkenaan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Turut hadir, Pemangku Pengarah Bahagian Atlet MSN, En. Jefri Ngadirin.

Disediakan oleh : Majlis Sukan Negara

FIT MALAYSIA

 
Everything begins with health. All your dreams, ambitions and desires need a foundation of good health to come to life.

29th SEA GAMES
9th PARA ASEAN GAMES

See You At Kuala Lumpur SEA Games 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

National Sport Day

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18